Aquaculture????

Aquaculture atau akuakultur adalah salah satu bidang perikanan yang telah lama bertapak di Malaysia. Namun kewujudan bidang ini masih lagi belum meluas dan kurang dikenali.  Faktor utama bidang ini kurang dikenali adalah kerana pendedahan awal di peringkat sekolah, kanak-kanak mahupun remaja kurang dilakukan. Tidak seperti Jepun yang memberikan pendedahan awal mengenai akuakultur selain mempunyai sekolah khas bagi tujuan memperkenalkan bidang ini. Tujuan utama akuakultur adalah untuk menyediakan sumber protein yang tinggi namun murah kepada masyarakat. selain itu, akuakultur juga adalah bidang penyelidikan hidupan akuatik bagi mengelakkan ancaman dan kepupusan hidupan akuatik itu sendiri disebabkan eksploitasi manusia itu sendiri. Hidupan akuatik mempunyai pelbagai jenis termasuklah semua jenis biotik dan abiotik di dalam sesuatu sistem sungai, tasik, parit, kolam dan laut. Pengkulturan hidupan akuatik terutamanya ikan dapat di lakukan di darat dengan adanya peralatan seperti kolam, pump, penapis dan sebagainya. namun begitu, penternakan sangkar juga kini telah berkembang dari masa ke semasa. Teknologi yang tinggi seiring dengan peredaran masa telah membuatkan akuakultur bukanlah satu bidang picisan malah dengan adanya penglibatan dari pelbagai pihak, ia mampu menjana ekonomi ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan bidang ini penting dalam pembangunan ekonomi di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment